Pin It

Widgets

Hubungan Seks Ibu Hamil

Bila anda Ibu Hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.
Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa Ibu Hamil:

Posisi ibu hammil di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu Ibu Hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita Ibu Hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.

Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan keIbu Hamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan ibu hamil duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila ibu hamil sudah semakin sarat kedudukan ibu hamil membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.

Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.

Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa Ibu Hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memberikan tekanan atau beban pada perut anda.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing-masing.



Adakah Hubungan Seksual Semasa Ibu Hamil Merbahaya?


Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa Ibu Hamil? Tak bahayakah?

Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal.

Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa Ibu Hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.

Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses keIbu Hamilan.

Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:

Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.
Placenta berada dibawah (plasenta previa)
Riwayat kelahiran premature (pra-matang)
Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
STD atau penyakit seksual yang menular.

Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda

Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. Sila klik di sini untuk me-war-warkannya.

Dapatkan Tips-Tips Ibu Mengandung

2 comments:

  1. kalau terlalu dekat dengan tempoh bersalin, rasanya posisi yang selesa ialah hanya berbaring saja,kan..
    Beautiful Di Luar, Beautiful Di Dalam...

    ReplyDelete
  2. I feel strongly learning the topic, however I need to learn more on this topic.
    Carry on your updates..!!

    Regards

    Tongkat Ali Root

    ReplyDelete